Kelayakan bukan sementara Wikipedia:Kelayakan

Apabila sesuatu topik menerima liputan berita semasa untuk seketika, tidak bererti ia mendapat bukti objektif untuk kelayakan jangka panjang.[5] Sebaliknya, jika liputan jangka panjang dari sejarah dibuktikan secukup-cukupnya, tiada perlunya menunjukkan liputan yang berterusan. Topik-topik yang tidak memenuhi garis panduan kelayakan pada awalnya mungkin akhirnya memenuhi garis panduan itu dengan berlalunya masa apabila wujudnya sumber-sumber baru. Ingat, jangan tuliskan rencana berdasarkan spekulasi bahawa topik itu mungkin menerima liputan lebih meluas pada masa depan.